Sunday, October 18, 2009

Kerana Anwar-Shamsidar, 9 tahun keluarga Pak Ali bergelora..

Shamsidar Tahrin, Ummi Hafilda & Anwar

Foto di atas pernah popular pada tahun 1998. Satu foto yang dirakamkan menggambarkan tiga watak penting, Shamsidar Tahrin (isteri Azmin Ali), Ummi Hafilda(adik Azmin Ali) dan Anwar Ibrahim(majikan Azmin Ali).

Foto ini pernah dikemukakan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, dan dijadikan bahan bukti (ID48) pada November 1998 semasa perbicaraan kes salah laku Anwar Ibrahim menghalang siasatan pihak polis untuk membendung skandalnya dengan Shamsidar Tahrin terbongkar.

Pada 5 Ogos 1997, Ummi Hafilda telah menghantar sepucuk surat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia berkaitan dengan Perihal Salahlaku Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Surat itu turut disokong bersama oleh kelima-lima adik beradik Azmin Ali (Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar) iaitu iaitu Norlia Bt. Ali, Intan Dawini Bt. Ali, Mohd. Azwan Bin Ali dan Ummi Hafilda Bt. Ali. Turut dilampirkan dalam surat itu adalah pengakuan bersumpah bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakar yang menceritakan perihal seks homoseksual Datuk Seri Anwar.

Tujuan penghantaran surat kepada Perdana Menteri itu untuk menyiasat kebenaran salah laku seks antara Anwar Ibrahim dan Shamsidar Tahrin dan salah laku homoseksual antara Anwar Ibrahim dan Azizan Abu Bakar.

Maklumat yang diperolehi oleh Ummi Hafilda bersumberkan penyiasatannya sendiri, sokongan maklumat dari pembantu rumah Shamsidar Tahrin yang bernama Aton (yang berkhidmat selama lapan tahun di rumah Azmin) dan pengakuan daripada Azizan Abu Bakar, pemandu Azmin Ali/Shamsidar Tahrin).

Aton memberitahu Anwar Ibrahim sering membuat panggilan secara kerap kepada Shamsidar di antara jam 6.30 petang atau 8.30 malam. Ini disahkan sendiri oleh Ummi Hafilda yang berada di rumah Shamsidar pada 9 Jun 1997, jam 6.30 petang mengangkat telefon rumah Shamsidar yang pemanggilnya adalah Anwar Ibrahim.

Anwar: I nak bercakap dengan Shida.(Shamsidar)

Ummi: Siapa ni? (Agak keras)

Anwar: Anwar (dengan nada yang agak perlahan)

Ummi: Is it Dato’ Seri?

Anwar: Ya, bercakap.

Ummi: Sorry, I didn’t recognise your voice just now.

Anwar: Hah …tulah suara you seksi sangat. You have such a lovely voice. I dok ingat salah rumah, that’s why I letak phone.

Ummi: Hah … apahal

Anwar: I nak tanya fasal Afifa (anak bongsu Azmin). Rindu kat dia

Ummi: She’s Okay, alhamdullilah sihat.

Anwar: Tak apalah thank you.

Pada 19 Jun 1997, Azizan Abu Bakar, pemandu Shamsidar Tahrin telah datang ke pejabat Ummi Hafilda menceritakan selama dua jam setengah tentang kebenaran hubungan sulit Anwar-Shamsidar.

Menurut Azizan, dia akan menurunkan Shamsidar di Cafe Guana di Bangsar Shopping Complex pada setiap kali pertemuan dengan Anwar. Kemudian sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37, kepunyaan Dato Nallakarupan(Eksekutif Director Magnum Corporation) akan menjemput Shamsidar di Bangsar Shopping Complex dan seterusnya membawa ke kondominium mewah di Trivoli Villa, Bangsar.

Kondominium Tivoli Villa adalah kepunyaan Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB). Datuk T. K. Lim juga merupakan pemilik syarikat judi Magnum Corporation, tempat Dato Nalla menjadi Director Eksekutifnya. Datuk T.K.Lim telah menyerahkan kunci dua unit Tivoli Villa kepada Dato Nalla untuk kegunaan peribadinya. Dua unit tersebut adalah di 2-5-13 dan 2-5-14, di Tingkat 5, Blok 2 Tivoli Villa.

Kebiasaannya Dato Nalla akan membawa Shamsidar di Tivoli Villa itu dalam tempoh dua hingga tiga jam, pada hari Rabu, sekitar jam 5.30 petang, dengan kekerapan dua minggu sekali atau sebulan sekali.

Di Tivoli Villa itu, Anwar akan hadir tanpa polis pengiring kerana beliau melarang polis pengiring turut serta dengan memberi alasan bermain tenis dengan Dato Nalla di Bukit Kiara.

Pada 30 Jun 1997, sekitar jam 5.00 petang, Ummi Hafilda menerima panggilan daripada Azizan Abu Bakar untuk mengesahkan hubungan sulit Shamsidar-Anwar. Ummi telah menelefon abangnya Mohd Azman Ali dan rakan karibnya, Puan Zamrah Lajis untuk ikut serta.

Ummi, Azman dan Puan Zamrah telah pergi Bangsar Shopping Complex . Di sana, mereka nampak dengan mata mereka sendiri, Shamsidar menaiki kereta Daimler WBV 37, kepunyaan Dato Nalla. Kemudian mereka mengekori kereta Daimler itu yang menuju ke Kondo Tivoli Villa, Bangsar.

Ummi telah menelefon Puan Normala untuk meminjam pas kebenaran masuk/pelekat kereta Kondominium Tivoli Villa daripada Puan Normala, seorang rakannya yang menjadi penghuni di situ.

Di Tivoli Villa, mereka nampak Shamsidar dibawa oleh Dato Nalla memasuki tingkat 5, blok 2, kondominium mewah itu.

Shamsidar keluar dari Kondo Tivoli itu pada jam 7.40 malam, di mana kereta Daimler menghantar semula Shamsidar ke Bangsar Shopping Complex tempat Azizan Abu Bakar pemandu Shamsidar sedang menunggu.

Itulah seksta pemerhatian sendiri yang dilakukan oleh dua orang (Ummi dan Azman) adik beradik Azmin Ali berkenaan dengan kecurangan Shamsidar dengan Anwar Ibrahim. Ummi dan Azman telah memberitahu pengalaman mereka itu kepada ibunya(Mak Tom) dan ketiga-tiga adik beradik yang lain iaitu, Norlia Bt. Ali, Intan Dawini Bt. Ali, dan Mohd. Azwan Bin Ali.

Kes ini menjadi dibawa ke mahkamah pada tahun 1998. Anwar telah dibicarakan dan didapati bersalah serta dihukum penjara selama enam tahun.

Friday, October 16, 2009

Apabila Azmin Ali diusik, pasti Anwar akan mengamuk

Pengumuman Zaid Ibrahim untuk 'bercuti selama 6 bulan' daripada PKR hari ini tidak mengejutkan. Zaid patut bertindak begitu setelah 'dimarah' oleh Anwar dan melarangnya ke Sabah serta membiarkan kemelut PKR Sabah berlarutan tanpa penyelesaian. Pada mulanya, Anwar Ibrahim dilantik pengerusi PKR Sabah. Anwar telah bersetuju. Tetapi Anwar bukan 'dewa bertangan lapan', tidak boleh menyelesaikan semua perkara, apatah lagi kesibukannya dengan urusan luar negara khususnya di Amerika Syarikat, lalu Anwar telah melantik Azmin Ali sebagai pengantinya di Sabah.

Tetapi pelantikan Azmin telah mencabar kewibawaan kepimpinan masyarakat Sabah. Adakah orang Sabah 'low class' sehingga seramai-ramai ahli di Sabah, tidak ada seorang pun yang layak dilantik pengerusi perhubungan. Di sinilah maruah Dr Jeffrey Kitingan, Naib Presiden PKR tercabar. Hujah mereka, seandainya Anwar terlalu sibuk, kenapa tidak dilantik Dr Jeffrey sahaja sebagai pengerusi perhubungan, kenapa lantik tokoh semenanjung, Azmin Ali ? Itulah persoalan pokoknya yang diluahkan oleh akar umbi PKR Sabah.

Anwar sememang sedar kemelut penolakan masyarakat Sabah terhadap pelantikan Azmin, tetapi beliau sengaja menahan diri dan tidak mahu menyelesaikan kemelut itu, kerana kes ini melibatkan tokoh paling kesayangan Anwar iaitu Azmin Ali.

Dr Jeffrey mencari kaedah lain untuk mengadu permasalahan mereka yang sengaja disekat oleh pakatan Azmin/Anwar, dengan menjemput Zaid Ibrahim untuk melancarkan sebuah buku dan meraikan sambutan hari raya. Zaid telah menyatakan persetujuan kerana niatnya untuk memperkukuhkan PKR.

Apabila Azmin mendapat tahu Zaid cuba campur tangan kemelut PKR Sabah, Azmin telah mengadu kepada Anwar dan meminta Anwar menghalang Zaid untuk campurtangan masalah Sabah.

Seterusnya Anwar telah 'memarahi' Zaid dan melarangnya untuk campur tangan kemelut di Sabah. Salah satu kata-kata Anwar yang menyebabkan Zaid mengambil keputusan drastik untuk 'bercuti selama 6 bulan' adalah 'awak orang baru, ini masalah orang-orang veteran dalam PKR!.

Sebenarnya apa yang dirasai oleh Zaid Ibrahim, telahpun dirasai oleh tokoh-tokoh PKR sebelum ini, termasuk Ezam Mohd Nor dan Saifuddin Nasution. Semuanya kerana gara-gara tidak sehaluan dengan Azmin Ali

Saifuddin pernah dimarah Anwar di Munich

Saifuddin Nasution Ismail, salah seorang daripada lebih 12 orang staff Anwar yang mengikuti rombongan merawat Anwar di Alpha Clinic, Munich, Jerman. Kes ini berlaku pada tahun 2004, sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.

Anwar yang mengambarkan dirinya 'sakit' tidaklah 'terlalu sakit' seperti yang digambarkan kepada para penyokong di Malaysia. Di Munich, Anwar tidak perlu lagi berkerusi roda, seperti yang dipamirkan di hadapan para penyokongnya. Malah Anwar sudah tidak berkerusi roda sebaik sahaja sampai di Munich, walaupun proses rawatan belum lagi dijalankan.

Di Munich, Anwar tidak menjalani rawatan sepenuh masa, malah sebahagian besar masa dihabiskan dengan menerima tetamu-tetamu luar, bermesyuarat, seperti dengan Paul Wolfowitz, ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Bermakna hampir sebulan menginapnya Anwar di Munich, masa perjumpaan dan mesyuarat lebih banyak berbanding dengan masa rawatan.

Suatu pagi, Anwar mengadakan mesyuarat tertutupnya dengan para stafnya di satu bilik di Klinik Alpha. Semua staff lain hadir kecuali Saifuddin Nasution.

Satu jam kemudian, Saifuddin pun masuk ke bilik mesyuarat, ketika itu Anwar sedang memberi taklimat. Sebaik sahaja, Saifuddin melangkah masuk, Anwar terus bersuara,

"Awat datang lambat..", kata Anwar bersuara tinggi yang menyebabkan staff yang lain terdiam.

"Saya tidur lewat semalam, ni baru bangkit", jawab Saifuddin.

"Awak nak kerja ke tak nak kerja ni!", bentak Anwar lagi.

"Saya nak kerja la..sebab tu saya datang ni", jawab Saifuddin mempertahankan diri.

"Saya dah banyak dengar pasai cerita-cerita awak! Saya tak mahu dengar lagi. Get out!!!", tengking Anwar dengan marah.

Saifuddin terdiam mendengar tengkingan Anwar itu, kemudian melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Kemudian, Saifuddin mengemaskan pakaiannya dan kembali semula ke Malaysia.

Sejak dimarahi Anwar itu, Saifuddin telah nekad untuk meninggalkan PKR. Dia kemudiannya berjumpa dengan Mahfuz Omar dan mendaftarkan diri menjadi ahli PAS Pokok Sena, Kedah.

Seterusnya, Saifuddin telah berhijrah ke Kelantan, tempat kelahiran isterinya, di Machang. Di Kelantan, Saifuddin telah berjumpa dengan Husam Musa, mengadu masalahnya. Husam Musa telah mengambil Saifuddin menjadi Pengarah Yayasan Tabung Tok Kenali yang berfungsi untuk memperkukuhkan PAS Kelantan melalui program-program ceramah penerangan.

Apabila Anwar mendapat tahu Saifuddin telah berjaya di Kelantan, dengan naungan Husam Musa dan Tok guru Nik Aziz, Anwar telah menghubungi Saifuddin semula.

Anwar minta maaf dengan kejadian di Munich, kemudian Anwar menawarkan jawatan Pengarah Strategik PKR dengan bergaji RM10,000 sebulan. Saifuddin menerimanya. Ketika itu Saifuddin sangat gembira kerana mendapat dua pendapatan iaitu sebagai Pengarah Strategik PKR dan Pengarah Yayasan Tabung Tok Kenali.

Hari ini, Saifuddin telah meninggalkan PAS dan menyertai PKR sepenuh masa. Saifuddin mempelajari kesilapan lalu iaitu tidak akan sesekali akan bermasalah lagi dengan Azmin Ali. Anwar telah mengarahkan Azmin untuk menumpukan sepenuh masa di Selangor dan meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Piliharaya. Jawatan Pengarah Pilihanraya itu telah diserahkan kepada Saifuddin.

Jangan sesiapa usik Azmin Ali

Azmin adalah orang paling kesayangan Anwar. Apa kata Azmin, itulah kata-kata Anwar. Satu kelebihan Azmin yang tidak diketahui oleh orang ramai adalah Azmin boleh meniru tulisan tangan Anwar Ibrahim. Banyak surat-surat Anwar yang ditulis tangan sebenarnya ditulis oleh Azmin.

Azmin pula mempunyai satu kegemaran untuk meniru apa sahaja yang Anwar lakukan. Sebelum menghadiri satu-satu majlis, Azmin akan menelefon drebar Anwar untuk mengetahui baju warna apa yang dipakai oleh Anwar. Selepas itu, Azmin akan berpakaian sepertimana Anwar pakai.

Anwar panggil Azmin dengan panggilan manja 'Min'. Setiap kali Azmin merajuk, Anwar hilang fokus dan tidak dapat melakukan kerja. Seandainya ketika itu Anwar berceramah, pasti ceramahnya berterabur dan merapu-rapu.

Seandainya Azmin merajuk, kebiasaannya Azmin tidak akan hadir kerja lebih daripada tiga hari. Ketika itu, Anwar setiap masa akan menelefon dan memujuknya.

Apabila terdapat lawatan rasmi, bilik penginapan rasmi Azmin adalah bersebelahan dengan bilik Anwar, dengan alasan senang untuk berbincang.

Begitulah rapatnya hubungan Anwar-Azmin.

Jangan sesiapa usik Azmin, Ezam pun pernah ditendang Anwar keluar PKR..

Tuesday, October 13, 2009

Duit Anwar RM4 juta pernah hilang

Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada Disember 1998 pernah diberitahu bahawa antara bulan Jun dan Julai 1996, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Pengarah Cawangan Khas ketika itu, Datuk Norian Mai kerana mengadu kehilangan wang RM4 juta dari sebuah bilik kecil di sebelah bilik tidur di rumahnya.

Kehilangan RM4 juta itu berlaku di rumah kediaman peribadi Anwar di No 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Arahan lisan Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan direkodkan dalam fail siasatan Cawangan Khas, Bukit Aman dan diberi perhatian utama kerana arahan dari orang nombor dua tertinggi negara.

Misteri kehilangan duit RM4 juta itu didedahkan oleh Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Amir Junus di Mahkamah Tinggi, semasa dipanggil menjadi saksi kes penyelewengan dan salah guna kuasa Anwar menggunakan instrumen polis dan Cawangan Khas untuk menghalang skandal seks daripada terbongkar kepada umum.

Datuk Amir Junus berkata, Anwar tidak mahu laporan polis dibuat berhubung kehilangan tersebut sebaliknya dia hanya meminta perkara itu disiasat dan arahan itu dipatuhi.

''Bagaimanapun apabila pegawai-pegawai Cawangan Khas hendak menyoal siasat para penghuni rumah tertuduh, kami diminta menghentikan siasatan,'' jelas Amir.

Seramai lima atau enam orang pegawai Cawangan Khas ditugaskan menjalankan siasatan kes kehilangan duit Anwar, dan mereka telah menemui jawapan siapakah pencuri wang tersebut.

Menurut hasil siasatan pencuri wang itu adalah salah seorang 'ahli keluarga' Anwar yang bebas keluar masuk dalam rumah tersebut, bernama Sukma Darmawan, berstatus 'adik angkat', yang turut diberi bilik menginap di rumah Anwar.

Difahamkan, apabila Anwar mendapat tahu Sukma merupakan dalang yang melesapkan wang RM4 juta, beliau dengan segera mengarahkan siasatan itu dihentikan serta merta.

Persoalannya, ketika menjadi TPM dan Menteri Kewangan, begitu banyak wang Anwar, hinggakan RM4 juta disimpan di dalam rumah.

Dari mana, Anwar mendapat sumber kekayaan yang melimpah ruah itu, hinggakan kehilangan wang sebanyak RM4 juta tidak sedikit pun meninggalkan kesan kepadanya ?

Saturday, October 10, 2009

Anwar dan kisah skandal seks di Indonesia

Kes I

Kes ini berlaku pada Disember 2004, selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh dan balik dari Munich, Jerman, Anwar melakukan lawatan ke Indonesia. Berapa orang pembantu Anwar, termasuk Sukma Darmawan (adik angkat) turut serta dalam rombongan itu (klik di sini)

Semasa menginap di sebuah hotel di Indonesia, salah seorang pembantu Anwar telah diberikan salinan video klip (dalam handphone) berkenaan dengan skandal seks salah seorang pemimpin utama GOLKAR dengan penyanyi dangdut yang mula diperkatakan di negara itu.

Tidak lama selepas itu, Sukma datang ke arah pembantu khas Anwar itu;

"Bos mahu jumpa di bilik", kata Sukma menyampaikan pesan Anwar Ibrahim.

Pembantu khas dan beberapa pembantu-pembantu kanan Anwar hadir ke bilik, hotel Anwar menginap itu.

"Mana video klip itu?", kata Anwar kepada salah seorang pembantunya.

Pembantu itu segan untuk memberikan video klip itu kerana menghormatinya sebagai ketua. Akhirnya video klip itu diberikan juga sepertimana yang diminta.

Anwar memerhatikan video itu secara teliti dan berfikir seketika.

"Kenapa Mengaku ? Sepatutnya tidak mengaku!", kata Anwar secara tiba-tiba.

"Kalau mengaku, bermakna karier politik kamu sudah habis. Tetapi kalau tidak mengaku, peluang masih 50-50, sekurang-kurangnya masyarakat keliru, karier politik masih ada harapan", kata Anwar lagi.

Pembantu itu terkejut mendengar penjelasan Anwar. Terkejut kerana jawapan bosnya yang mengajar berbohong dan menafikan segalanya walaupun bukti sudah jelas dalam bentuk rakaman klip video.

Ezam Mohd Nor, bekas Setiausaha Politik Anwar turut hadir, mendengar penjelasan Anwar itu. Ezam boleh confirmkan kebenaran kisah ini. Sebab itu Ezam selalu berkata, dia tidak mahu mendedahkan 'aib' orang, walaupun sebenarnya dia tahu banyak sisi gelap bekas bosnya itu.

Pada tahun 2006, tersebar luas klip video skandal seks Yahya Zaini, Ketua Dewan Pimpinan Pusat Partai Golkar Bidang Kerohanian dengan Maria Eva, penyanyi dangdut Indonesia yang dirakam pada tahun 2004.

Menurut pengakuan penyanyi dangdut itu, skandal seks mereka serius kerana terpaksa menggugurkan bayi di luar nikah. Pada 4 Disember, Yahya Zaini telah menghantar surat peletakan jawatan Ketua Pimpinan GOLKAR(bahagian Kerohanian). Klik di sini

Kes II

Kes ini berlaku ketika Anwar masih berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Ketika itu Anwar mempunyai ramai pegawai khas, termasuk pegawai khas agama.

Anwar telah hadir ke Indonesia untuk memberi ucapan dalam satu majlis anjuran badan agama di negara itu. Tetapi yang menghairankan Anwar tidak membawa pegawai agama yang sepatutnya turut dibawa ke Indonesia, sedangkan pembantu-pembantu Anwar yang lain (termasuk Azmin) turut dibawa bersama.

Dari Indonesia, Anwar menelefon pegawai khas agamanya itu untuk bertanyakan beberapa ayat Al Quran yang sesuai untuk diselitkan dalam ucapannya itu. Pembantu khasnya telah mencadangkan beberapa ayat Al Quran yang sesuai.

Tetapi dalam hati kecil pengawai agamanya itu, sekiranya program itu berkaitan dengan agama, kenapa dirinya tidak dibawa bersama, sedangkan pegawai-pegawai khas lain (yang tidak ada kepakaran dalam agama) turut dibawanya.

Seminggu selepas Anwar dan rombongannya balik ke Malaysia, salah seorang pegawai tadbir di Kementerian kewangan telah menunjukkan invois tuntutan dari sebuah 'kelab' di Indonesia kepada pegawai khas agama Anwar itu.

Pegawai khas agama Anwar terkejut melihat senarai invois tuntutan 'kelab' Indonesia itu. Dalam hati kecilnya terbetik, "Patutlah aku tidak dibawa bersama. Mereka ada program sampingan yang lain".

Selepas Anwar dipecat pada tahun 1998 kerana didakwa terlibat dengan skandal seks dengan Shamsidar Tahrin dan Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar, pembantu khas agama itu, merupakan orang yang pertama meninggalkan Anwar. Dia tidak hadir dalam mana-mana program anjuran Anwar termasuk perjumpaan sulit di rumah Anwar. Sejak itu, dia menjauhkan diri daripada Anwar.

Wallahi, cerita ini benar belaka. Cerita ini diberitahu sendiri oleh pegawai khas agama Anwar. Anda boleh mengesahkan kes ini dengan mencari pegawai khas agama Anwar yang sekarang ini menjadi salah seorang mufti di negara ini.


Thursday, October 8, 2009

Semuanya bermula dari Shamsidar Tahrin

Sampai sekarang, perang dingin masih berlaku di antara keluarga Wan Azizan dan Shamsidar Tahrin. Nurul Izzah turut mengetahui segala pergolakan antara ibunya (Wan Azizah) dengan aunty Shida(Shamsidar), nama yang dipanggil sebagai melambangkan akrabnya hubungan papanya(Anwar) dengan isteri Azmin Ali (Shamsidar).

Anwar dihukum penjara selama 6 tahun di Sungai Buloh juga berpunca dari Shamsidar. Anwar yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri telah menyalahgunakan kuasa mengarahkan Datuk Amur Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Bukit Aman mengugut dan menghalang serta menukar pengakuan Ummi Hafilda Ali (adik Azmin Ali) dan Azizan Abu Bakar(mangsa homoseksual Anwar) supaya dapat membendung skandal Anwar-Shamsidar terbongkar. Semua ini berlaku sekitar Ogos 1997.

Justeru, apabila mahkamah mendapati Anwar telah melakukan penyalahgunaan kuasa menghalang siasatan polis, Anwar terpaksa merengkok di dalam penjara. Sejak itu, Azizah telah memblacklist nama Shamsidar Tahrin. Nama Azmin Ali juga turut diblacklist oleh Azizah, tetapi kerana hubungan Anwar-Azmin terlalu akrab, Azizah tidak mampu berbuat apa-apa.

Selepas Anwar dibebaskan pada tahun 2004, ketika Anwar dirawat di Munich, Jerman, Anwar pernah sebut kepada Azmin, dia mahu Shamsidar turut dibawa ke Munich. Namun Azizah menjadi penentang utamanya. Azizah tidak benarkan sesekali Shamsidar menghampiri semula suaminya. Cukup setakat Azmin, walaupun dalam hati kecil Azizah, faktor Azmin lah bermulanya kejatuhan Anwar.

Kenapa Azizah terlalu marahkan Shamsidar ?

Semasa Anwar berkuasa sebagai TPM dan Menteri Kewangan, layanan Anwar lebih banyak diberikan kepada Azmin dan Shamsidar. Anwar meminati stail dan penampilan Shamsidar. Rambut kerinting, muka iras anak mami. Azmin tahu minat bosnya itu dan dia terus menerus mengumpan isterinya mendekati Anwar untuk mengaut kemewahan dan wang ringgit.

Menurut pengakuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Anwar mengarahkan Tong Kooi Ong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Phileo Allied Berhad, supaya mengambil Shamsidar Taharin, bekerja di Phileo Allied Bank yang berada di bawah kawalannya.

Kata Abdul Murad: ''Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.''

Ketika itu semua staff Phileo Allied Bank tahu hubungan intim Anwar-Shamsidar. Shamsidar pernah meluahkan perasaannya kepada Zulkifli Sulaiman, General Manager Phileo Allied Bank, bahawa hatinya lebih terpaut kepada Anwar berbanding dengan suaminya (Azmin). Luahan itu diucapkan secara spontan ketika Zulkifli menyapa Shamsidar yang ketika itu dilihat sedang murung.

Komen yang dihantar oleh Zulkifli Sulaiman sendiri di blog x-pkr, bertarikh 6 Ogos 2009 (klik di sini) amat menarik untuk direnung bersama.

Zulkifli Sulaiman said...

Saya adalah bekas Pengurus Besar di phileo Allied bank berhad, saya amat mengenali Shamsidar Taharin. semasa di Phileo, beliau hanya berjawatan Executive Corporate Affairs, di Ibu Pejabat phileo Allied Bank dan juga merangkap Pengarah Syarikat Phileo Pregrine, broker saham kepunyaan Tong Kooi Ong.

Saya mengetahui bahawa Shasidar adalah proxy untuk Anwar dan juga untuk suami sahnya, azmin ali.

Pendapatan beliau di phileo allied bank ialah RM5000-00, tetapi beliaau mendapat benefit lain dari Phileo Pregrine dan anak-anak syarikat Phileo yang lain, jadi keseluruhan pendapatan beliau berjumlah RM25,000-00 tak termasuk kereta Audi dan pemandu serta fringe benefit saperti entertainment expense.

Kami di phileo ketika itu tahu tentang connection Shamsidar dengan Anwar, malah beliau jarang ada di office dan she reported direct to Tong. Shamsidar have direct access to Anwar.