Monday, December 28, 2009

Bagaimana Azmin-Shamsida kumpul kekayaan luar biasa ?




Azmin Ali pernah disiasat BPR (sekarang SPRM) pada tahun 1995 kerana terdapat laporan terdapat kekayaan luar biasa yang dimiliki Azmin yang tidak setimpal dengan pendapatannya. Siapa yang melaporkan kepada BPR ketika itu dan kenapakah Azmin dilaporkan kepada BPR adalah dua persoalan yang menggambarkan memang dari dulu (sejak Azmin menjadi Setiausaha sulit kanan-SUSK- Anwar di Kementerian Kewangan)sumber kekayaannya amat diragui.

Memang benar Azmin disiasat BPR pada tahun 1995, tetapi bukan berkaitan dengan saham. Siasatan ketika itu berkaitan dengan bukti fizikal yang nampak di depan mata iaitu 'Kereta Mewah' dan 'Rumah Mewah'. Tiada siasatan berkaitan dengan pemilikan saham-saham yang bernilai jutaan ringgit, kerana bukti itu tidak nampak secara umum. Azmin dan Shamshida sembunyikan semua resit-resit pembelian saham-sahamnya, tetapi sekarang sudah terbongkar, bermakna SPRM mempunyai bukti baru yang telah disembunyikan sebelum ini.

Perlu ditegaskan siasatan BPR pada tahun 1995 hanya berkisar berkenaan rumah dan kereta dan siasatan SPRM pada tahun 2009 berkisar berkenaan dengan saham. Bermakna siasatan yang berkisar dua aspek yang berbeza. Tetapi SPRM boleh menyambung semula, siasatan lama (1995) yang tertunggak sebelum ini berdasarkan dengan penemuan bukti-bukti baru (pemilikan saham). Kerana dengan adanya bukti-bukti pemilikan saham menggambarkan Azmin dan Shamshida mampu memberi kereta mewah dan rumah mewah.

Azmin kata, buktikan beliau mendapat saham-saham terbitan khas yang dikeluarkan dari Kementerian Kewangan ? Azmin sengaja memanipulasikan kenyataan, tuduhan terbaru ke atasnya bukan saham terbitan khas dari Kementerian Kewangan, tetapi saham-saham yang dibelinya sendiri oleh Azmin dan Shamsida serta menggunakan proksi-proksi adik beradik Shamshida (Jamil, Jamal dan Johan) melalui pembelian saham terbuka di pasaran saham dan saham-saham di syarikat-syarikat tertentu.

Bukti-bukti pembelian saham telah dikemukakan kepada SPRM dan sudah bertebaran di internet dan mungkin Azmin-Shamshida sudah melihatnya di internet, sebab itu dia berani mencabar saham-saham yang lain yang tidak wujud khususnya dari Kementerian Kewangan. Ini bukan soal saham kelulusan dari Kementerian Kewangan, tetapi persoalannya dari mana Azmin dan Shamshida memperolehi kewangan membeli saham-saham bernilai jutaan ringgit yang tidak setimpal dengan statusnya pegawai kerajaan, SUSK di Kementerian Kewangan


Perlu diingat Azmin dan Shamshida memiliki saham bernilai lebih RM10.5 juta pada sekitar tahun 1992-1995, adalah dianggap seorang yang jutawan pada tahun tersebut. Sesiapa yang memiliki wang RM1 juta pada tahun 1990-an sudah dianggap jutawan, apatah lagi memiliki wang sebanyak RM10.5 untuk membeli saham.

Itu baru pembelian saham yang dapat dibuktikan, bagaimana pula dengan pembelian saham yang masih belum dapat dibongkar ? Bagaimana pula dengan simpanan tetap Azmin-Shamshida di Bank Singapura dan Switzleand ?

Apa berlaku dalam siasatan BPR 1995 ?

Memang Azmin disiasat pada tahun itu, tetapi dengan campur tangan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau mengarahkan siasatan ke atas Azmin Ali dihentikan.

Anwar yang kononnya mahu memperkasakan BPR telah menggunakan kuasanya melantik kroninya, Datuk Shafie Yahya sebagai Ketua Pengarah BPR dengan tujuan semua kuasa penyiasatan BPR di bawah telunjuk Anwar.

Seperti kata bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dalam ceramahnya di Petaling Jaya, kononnya Anwar mahu membanteras rasuah tetapi dalam masa yang sama melantik kroninya menjadi Ketua Pengarah BPR. Bukankah itu juga malan rasuah dan kronisme ? Kenapa Anwar tidak mencadangkan badan BPR yang tiada pengaruh Anwar seperti SPRM yang diluluskan di parlimen hari ini ?

Apabila Azmin diadu melakukan rasuah, Anwar serta merta mengarahkan Datuk Shafie Yahya menghentikan siasatan dengan alasan sekiranya siasatan diteruskan akan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri kerana Azmin Ali adalah salah seorang pegawai kanan yang amat dipercayai di pejabatnya. Maka siasatan pun dihentikan dengan tiada apa-apa dokumen penting dimasukkan ke dalam fail siasatan.


Siasatan 95, campur tangan Anwar, bagaimana pula siasatan 98 ?


Kata Azmin, baiklah jika siasatan pada tahun 1995 dihentikan kerana campur tangan Anwar yang berkuasa sebagai TPM ketika itu, kenapa siasatan pada tahun 1998, ketika Anwar sudah kehilangan kuasa, Azmin juga dilepaskan.

Siasatan 1998, bukanlah siasatan BPR tetapi siasatan polis. Dua entiti yang berbeza dengan tujuan yang berbeza. Pada tahun 1998, Azmin tidak disiasat oleh BPR tetapi disiasat oleh polis kerana mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM dan Menteri Kewangan. Orang pertama yang perlu disiasat polis ekoran pemecatan Anwar adalah pegawai yang paling kanan iaitu Azmin Ali.

Azmin sendiri mengakui dia direman 8 hari dalam siasatan itu. Tetapi siasatan polis ketika itu bukan menjurus kepada pemerolehan harta Azmin, sebaliknya siasatan lanjut berkenaan dengan gerak kerja Azmin sepanjang menjadi pegawai kanan Anwar Ibrahim, suspek utama yang akan didakwa ketika itu.

Siasatan polis menjurus kepada penyelewengan Anwar yang bakal didakwa di mahkamah pada tahun 1998, bukannya siasatan ke atas penyelewengan Azmin. Tiada penglibatan BPR menyiasat Azmin pada tahun 1998.

Siasatan polis ke atas Azmin pada tahun 1998 bertujuan untuk dijadikan bukti di mahkamah semasa pendakwaan ke atas Anwar, berkaitan dengan penyelewengan dan salh laku yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dalam menghalang siasatan lanjut berkenaan skandal Anwar dan Shamshida yang juga merupakan isteri kepada Azmin Ali.

Sebab itu polis menahan reman Azmin selama 8 hari, kerana orang yang bakal didakwa di mahkamah membabitkan isterinya sendiri, Shamshida Taharin.

Tetapi terdapat perkara pelik yang dilakukan oleh Azmin semasa 8 hari siasatan itu. Dalam tahanan reman itu, dia banyak membuat pengakuan ekslusif (yang masih disimpan dalam rekod polis Bukit Aman), tetapi apabila tampil di mahkamah, Azmin menukar pengakuannya dan menjadi pembela Anwar pula.

Ekoran daripada itu, Azmin telah membuat kenyataan yang bercanggah di mahkamah dengan kenyataan lisannya semasa dalam tahanan polis. Maka, Azmin telah dibicarakan kerana membuat pengakuan palsu pada tahun 1999. Perbicaraan Azmin memberi keterangan palsu, Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan.

Azmin terlepas daripada penjara 18 bulan, apabila hakim Mahkamah Rayuan menerima permohonan rayuan Azmin dan dibebaskan sepenuhnya pada tahun 2009.

Ada kes yang masih belum terbongkar

Kes penyelewengan di Phileo Allied Bank seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah, Datuk Khalid Murad masih belum dibongkarkan sepenuhnya. Bank itu sudah gulung tikar sekarang ini ekoran salah guna melampau Anwar Ibrahim menggunakan proksi menubuhkan bank untuk kepentingan agenda politik serta meletakkan kekasihnya, Shamsida Taharin di situ.

Shamsida goyang kaki tanpa perlu hadir ke pejabat, tetapi dalam masa sama diberikan pelbagai kemudahan termasuk kereta audi dan pemandu serta kemudahan lain termasuk elaun-elaun tambahan yang mencecah hampir rm30 ribu sebulan. Maka tidak hairan jika Phileo Allied Bank bangrap selepas Anwar dipecat daripada Menteri Kewangan.

Selain melantik proksi Anwar bernama Tong Kooi Ong menjadi CEO Phileo Allied Bank, Anwar juga mendapat 30 persen daripada bank itu melalui proksinya bernama Hassan Moktar dan Ahmad Latif yang dilantik sebagai pemegang syer dalam syarikat Utus laksana yang menjadi pemegang syer terbesar Phileo Allied Bank.

Walaupun Anwar telah mengarahkan semua dokumen-dokumen di Phileo Allied Bank dilupuskan sebaik sahaja dia dipecat pada tahun 1998, namun bukti-bukti hidup masih ada sampai sekarang. Pekerja-pekerja di bank itu yang merana kerana bank telah gulur tikar dalam sekelip mata boleh menjadi saksi bagaimana penyelewengan Anwar bermaharajalela atas nama Menteri Kewangan.

Ramai pekerja-pekerja Phileo Allied Bank yang boleh menjadi saksi. Salah seorangnya adalah Ng Seng Hing yang menjadi akautan/financial controller Phileo.

Paling menarik di bangunan Phileo Allied Bank itu terdapat sebuah bilik VVIP khas, tempat rehat Anwar Ibrahim dan Shamsida Taharin dalam kekerapan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Bilik rehat VVIP itu hanya untuk Menteri kewangan dan Executive Corporate Affairs, Phileo (Shamshida) sahaja. Tentu Wan Azizah juga ingin tahu jika kes Phileo Allied Bank ini dibongkar semula.

No comments:

Post a Comment