Saturday, October 10, 2009

Anwar dan kisah skandal seks di Indonesia

Kes I

Kes ini berlaku pada Disember 2004, selepas dibebaskan dari penjara Sungai Buloh dan balik dari Munich, Jerman, Anwar melakukan lawatan ke Indonesia. Berapa orang pembantu Anwar, termasuk Sukma Darmawan (adik angkat) turut serta dalam rombongan itu (klik di sini)

Semasa menginap di sebuah hotel di Indonesia, salah seorang pembantu Anwar telah diberikan salinan video klip (dalam handphone) berkenaan dengan skandal seks salah seorang pemimpin utama GOLKAR dengan penyanyi dangdut yang mula diperkatakan di negara itu.

Tidak lama selepas itu, Sukma datang ke arah pembantu khas Anwar itu;

"Bos mahu jumpa di bilik", kata Sukma menyampaikan pesan Anwar Ibrahim.

Pembantu khas dan beberapa pembantu-pembantu kanan Anwar hadir ke bilik, hotel Anwar menginap itu.

"Mana video klip itu?", kata Anwar kepada salah seorang pembantunya.

Pembantu itu segan untuk memberikan video klip itu kerana menghormatinya sebagai ketua. Akhirnya video klip itu diberikan juga sepertimana yang diminta.

Anwar memerhatikan video itu secara teliti dan berfikir seketika.

"Kenapa Mengaku ? Sepatutnya tidak mengaku!", kata Anwar secara tiba-tiba.

"Kalau mengaku, bermakna karier politik kamu sudah habis. Tetapi kalau tidak mengaku, peluang masih 50-50, sekurang-kurangnya masyarakat keliru, karier politik masih ada harapan", kata Anwar lagi.

Pembantu itu terkejut mendengar penjelasan Anwar. Terkejut kerana jawapan bosnya yang mengajar berbohong dan menafikan segalanya walaupun bukti sudah jelas dalam bentuk rakaman klip video.

Ezam Mohd Nor, bekas Setiausaha Politik Anwar turut hadir, mendengar penjelasan Anwar itu. Ezam boleh confirmkan kebenaran kisah ini. Sebab itu Ezam selalu berkata, dia tidak mahu mendedahkan 'aib' orang, walaupun sebenarnya dia tahu banyak sisi gelap bekas bosnya itu.

Pada tahun 2006, tersebar luas klip video skandal seks Yahya Zaini, Ketua Dewan Pimpinan Pusat Partai Golkar Bidang Kerohanian dengan Maria Eva, penyanyi dangdut Indonesia yang dirakam pada tahun 2004.

Menurut pengakuan penyanyi dangdut itu, skandal seks mereka serius kerana terpaksa menggugurkan bayi di luar nikah. Pada 4 Disember, Yahya Zaini telah menghantar surat peletakan jawatan Ketua Pimpinan GOLKAR(bahagian Kerohanian). Klik di sini

Kes II

Kes ini berlaku ketika Anwar masih berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Ketika itu Anwar mempunyai ramai pegawai khas, termasuk pegawai khas agama.

Anwar telah hadir ke Indonesia untuk memberi ucapan dalam satu majlis anjuran badan agama di negara itu. Tetapi yang menghairankan Anwar tidak membawa pegawai agama yang sepatutnya turut dibawa ke Indonesia, sedangkan pembantu-pembantu Anwar yang lain (termasuk Azmin) turut dibawa bersama.

Dari Indonesia, Anwar menelefon pegawai khas agamanya itu untuk bertanyakan beberapa ayat Al Quran yang sesuai untuk diselitkan dalam ucapannya itu. Pembantu khasnya telah mencadangkan beberapa ayat Al Quran yang sesuai.

Tetapi dalam hati kecil pengawai agamanya itu, sekiranya program itu berkaitan dengan agama, kenapa dirinya tidak dibawa bersama, sedangkan pegawai-pegawai khas lain (yang tidak ada kepakaran dalam agama) turut dibawanya.

Seminggu selepas Anwar dan rombongannya balik ke Malaysia, salah seorang pegawai tadbir di Kementerian kewangan telah menunjukkan invois tuntutan dari sebuah 'kelab' di Indonesia kepada pegawai khas agama Anwar itu.

Pegawai khas agama Anwar terkejut melihat senarai invois tuntutan 'kelab' Indonesia itu. Dalam hati kecilnya terbetik, "Patutlah aku tidak dibawa bersama. Mereka ada program sampingan yang lain".

Selepas Anwar dipecat pada tahun 1998 kerana didakwa terlibat dengan skandal seks dengan Shamsidar Tahrin dan Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar, pembantu khas agama itu, merupakan orang yang pertama meninggalkan Anwar. Dia tidak hadir dalam mana-mana program anjuran Anwar termasuk perjumpaan sulit di rumah Anwar. Sejak itu, dia menjauhkan diri daripada Anwar.

Wallahi, cerita ini benar belaka. Cerita ini diberitahu sendiri oleh pegawai khas agama Anwar. Anda boleh mengesahkan kes ini dengan mencari pegawai khas agama Anwar yang sekarang ini menjadi salah seorang mufti di negara ini.


2 comments: