Monday, December 28, 2009
Bagaimana Azmin-Shamsida kumpul kekayaan luar biasa ?
Azmin Ali pernah disiasat BPR (sekarang SPRM) pada tahun 1995 kerana terdapat laporan terdapat kekayaan luar biasa yang dimiliki Azmin yang tidak setimpal dengan pendapatannya. Siapa yang melaporkan kepada BPR ketika itu dan kenapakah Azmin dilaporkan kepada BPR adalah dua persoalan yang menggambarkan memang dari dulu (sejak Azmin menjadi Setiausaha sulit kanan-SUSK- Anwar di Kementerian Kewangan)sumber kekayaannya amat diragui.
Memang benar Azmin disiasat BPR pada tahun 1995, tetapi bukan berkaitan dengan saham. Siasatan ketika itu berkaitan dengan bukti fizikal yang nampak di depan mata iaitu 'Kereta Mewah' dan 'Rumah Mewah'. Tiada siasatan berkaitan dengan pemilikan saham-saham yang bernilai jutaan ringgit, kerana bukti itu tidak nampak secara umum. Azmin dan Shamshida sembunyikan semua resit-resit pembelian saham-sahamnya, tetapi sekarang sudah terbongkar, bermakna SPRM mempunyai bukti baru yang telah disembunyikan sebelum ini.
Perlu ditegaskan siasatan BPR pada tahun 1995 hanya berkisar berkenaan rumah dan kereta dan siasatan SPRM pada tahun 2009 berkisar berkenaan dengan saham. Bermakna siasatan yang berkisar dua aspek yang berbeza. Tetapi SPRM boleh menyambung semula, siasatan lama (1995) yang tertunggak sebelum ini berdasarkan dengan penemuan bukti-bukti baru (pemilikan saham). Kerana dengan adanya bukti-bukti pemilikan saham menggambarkan Azmin dan Shamshida mampu memberi kereta mewah dan rumah mewah.
Azmin kata, buktikan beliau mendapat saham-saham terbitan khas yang dikeluarkan dari Kementerian Kewangan ? Azmin sengaja memanipulasikan kenyataan, tuduhan terbaru ke atasnya bukan saham terbitan khas dari Kementerian Kewangan, tetapi saham-saham yang dibelinya sendiri oleh Azmin dan Shamsida serta menggunakan proksi-proksi adik beradik Shamshida (Jamil, Jamal dan Johan) melalui pembelian saham terbuka di pasaran saham dan saham-saham di syarikat-syarikat tertentu.
Bukti-bukti pembelian saham telah dikemukakan kepada SPRM dan sudah bertebaran di internet dan mungkin Azmin-Shamshida sudah melihatnya di internet, sebab itu dia berani mencabar saham-saham yang lain yang tidak wujud khususnya dari Kementerian Kewangan. Ini bukan soal saham kelulusan dari Kementerian Kewangan, tetapi persoalannya dari mana Azmin dan Shamshida memperolehi kewangan membeli saham-saham bernilai jutaan ringgit yang tidak setimpal dengan statusnya pegawai kerajaan, SUSK di Kementerian Kewangan
Perlu diingat Azmin dan Shamshida memiliki saham bernilai lebih RM10.5 juta pada sekitar tahun 1992-1995, adalah dianggap seorang yang jutawan pada tahun tersebut. Sesiapa yang memiliki wang RM1 juta pada tahun 1990-an sudah dianggap jutawan, apatah lagi memiliki wang sebanyak RM10.5 untuk membeli saham.
Itu baru pembelian saham yang dapat dibuktikan, bagaimana pula dengan pembelian saham yang masih belum dapat dibongkar ? Bagaimana pula dengan simpanan tetap Azmin-Shamshida di Bank Singapura dan Switzleand ?
Apa berlaku dalam siasatan BPR 1995 ?
Memang Azmin disiasat pada tahun itu, tetapi dengan campur tangan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau mengarahkan siasatan ke atas Azmin Ali dihentikan.
Anwar yang kononnya mahu memperkasakan BPR telah menggunakan kuasanya melantik kroninya, Datuk Shafie Yahya sebagai Ketua Pengarah BPR dengan tujuan semua kuasa penyiasatan BPR di bawah telunjuk Anwar.
Seperti kata bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dalam ceramahnya di Petaling Jaya, kononnya Anwar mahu membanteras rasuah tetapi dalam masa yang sama melantik kroninya menjadi Ketua Pengarah BPR. Bukankah itu juga malan rasuah dan kronisme ? Kenapa Anwar tidak mencadangkan badan BPR yang tiada pengaruh Anwar seperti SPRM yang diluluskan di parlimen hari ini ?
Apabila Azmin diadu melakukan rasuah, Anwar serta merta mengarahkan Datuk Shafie Yahya menghentikan siasatan dengan alasan sekiranya siasatan diteruskan akan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri kerana Azmin Ali adalah salah seorang pegawai kanan yang amat dipercayai di pejabatnya. Maka siasatan pun dihentikan dengan tiada apa-apa dokumen penting dimasukkan ke dalam fail siasatan.
Siasatan 95, campur tangan Anwar, bagaimana pula siasatan 98 ?
Kata Azmin, baiklah jika siasatan pada tahun 1995 dihentikan kerana campur tangan Anwar yang berkuasa sebagai TPM ketika itu, kenapa siasatan pada tahun 1998, ketika Anwar sudah kehilangan kuasa, Azmin juga dilepaskan.
Siasatan 1998, bukanlah siasatan BPR tetapi siasatan polis. Dua entiti yang berbeza dengan tujuan yang berbeza. Pada tahun 1998, Azmin tidak disiasat oleh BPR tetapi disiasat oleh polis kerana mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM dan Menteri Kewangan. Orang pertama yang perlu disiasat polis ekoran pemecatan Anwar adalah pegawai yang paling kanan iaitu Azmin Ali.
Azmin sendiri mengakui dia direman 8 hari dalam siasatan itu. Tetapi siasatan polis ketika itu bukan menjurus kepada pemerolehan harta Azmin, sebaliknya siasatan lanjut berkenaan dengan gerak kerja Azmin sepanjang menjadi pegawai kanan Anwar Ibrahim, suspek utama yang akan didakwa ketika itu.
Siasatan polis menjurus kepada penyelewengan Anwar yang bakal didakwa di mahkamah pada tahun 1998, bukannya siasatan ke atas penyelewengan Azmin. Tiada penglibatan BPR menyiasat Azmin pada tahun 1998.
Siasatan polis ke atas Azmin pada tahun 1998 bertujuan untuk dijadikan bukti di mahkamah semasa pendakwaan ke atas Anwar, berkaitan dengan penyelewengan dan salh laku yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dalam menghalang siasatan lanjut berkenaan skandal Anwar dan Shamshida yang juga merupakan isteri kepada Azmin Ali.
Sebab itu polis menahan reman Azmin selama 8 hari, kerana orang yang bakal didakwa di mahkamah membabitkan isterinya sendiri, Shamshida Taharin.
Tetapi terdapat perkara pelik yang dilakukan oleh Azmin semasa 8 hari siasatan itu. Dalam tahanan reman itu, dia banyak membuat pengakuan ekslusif (yang masih disimpan dalam rekod polis Bukit Aman), tetapi apabila tampil di mahkamah, Azmin menukar pengakuannya dan menjadi pembela Anwar pula.
Ekoran daripada itu, Azmin telah membuat kenyataan yang bercanggah di mahkamah dengan kenyataan lisannya semasa dalam tahanan polis. Maka, Azmin telah dibicarakan kerana membuat pengakuan palsu pada tahun 1999. Perbicaraan Azmin memberi keterangan palsu, Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan.
Azmin terlepas daripada penjara 18 bulan, apabila hakim Mahkamah Rayuan menerima permohonan rayuan Azmin dan dibebaskan sepenuhnya pada tahun 2009.
Ada kes yang masih belum terbongkar
Kes penyelewengan di Phileo Allied Bank seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah, Datuk Khalid Murad masih belum dibongkarkan sepenuhnya. Bank itu sudah gulung tikar sekarang ini ekoran salah guna melampau Anwar Ibrahim menggunakan proksi menubuhkan bank untuk kepentingan agenda politik serta meletakkan kekasihnya, Shamsida Taharin di situ.
Shamsida goyang kaki tanpa perlu hadir ke pejabat, tetapi dalam masa sama diberikan pelbagai kemudahan termasuk kereta audi dan pemandu serta kemudahan lain termasuk elaun-elaun tambahan yang mencecah hampir rm30 ribu sebulan. Maka tidak hairan jika Phileo Allied Bank bangrap selepas Anwar dipecat daripada Menteri Kewangan.
Selain melantik proksi Anwar bernama Tong Kooi Ong menjadi CEO Phileo Allied Bank, Anwar juga mendapat 30 persen daripada bank itu melalui proksinya bernama Hassan Moktar dan Ahmad Latif yang dilantik sebagai pemegang syer dalam syarikat Utus laksana yang menjadi pemegang syer terbesar Phileo Allied Bank.
Walaupun Anwar telah mengarahkan semua dokumen-dokumen di Phileo Allied Bank dilupuskan sebaik sahaja dia dipecat pada tahun 1998, namun bukti-bukti hidup masih ada sampai sekarang. Pekerja-pekerja di bank itu yang merana kerana bank telah gulur tikar dalam sekelip mata boleh menjadi saksi bagaimana penyelewengan Anwar bermaharajalela atas nama Menteri Kewangan.
Ramai pekerja-pekerja Phileo Allied Bank yang boleh menjadi saksi. Salah seorangnya adalah Ng Seng Hing yang menjadi akautan/financial controller Phileo.
Paling menarik di bangunan Phileo Allied Bank itu terdapat sebuah bilik VVIP khas, tempat rehat Anwar Ibrahim dan Shamsida Taharin dalam kekerapan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Bilik rehat VVIP itu hanya untuk Menteri kewangan dan Executive Corporate Affairs, Phileo (Shamshida) sahaja. Tentu Wan Azizah juga ingin tahu jika kes Phileo Allied Bank ini dibongkar semula.
Thursday, November 19, 2009
Skandal Anwar dan Shamshida
Perbicaraan kes penyalahgunaan kuasa Anwar Ibrahim pada tahun 1998, dikejutkan dengan pendedahan bukti daripada pihak pendakwaraya, Lim Kong Boon, seorang ahli kimia forensik, yang memberitahu Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur bahawa terdapat kesan-kesan tompokan air mani Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin pada tilam yang dirampas dari sebuah unit apartmen mewah Tivoli Villa.
Lim Kong Boon, saksi pendakwa ke 21 berkata, beliau menemui kesan air mani tersebut setelah menjalankan ujian DNA ke atas 13 tompokan yang terdapat pada tilam tersebut. Lim menerangkan bahawa beliau membuat perbandingan profil yang diambil daripada contoh darah Anwar dan Shamshida yang merupakan isteri bekas Setiausaha Sulitnya, Mohd. Azmin Ali.
TILAM yang dirampas oleh polis dari Tivoli Villa dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpursebagai bukti menunjukkan terdapat kesan air mani Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin.
Lim memberitahu, hasil kajian DNAnya, 13 tompok air mani itu sesuai dengan contoh darah Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin.
DR. DUNCAN Colin Woods (kiri) bersama peguam Anwar S. N. Nair dan Dr. Henry Roberts (kanan) dua pakar DNA luar negara yang diupah Anwar untuk mencabar kajian DNA Lim Koon Bong, pakar forensik kimia Malaysia. Tetapi kedua-duanya gagal mempertikaikan hasil dapatan DNA pakar forensik Malaysia itu.
Walaupun Anwar membawa dua pakar DNA dari luar iaitu Dr. Henry Roberts dari Australia dan Dr. Duncan Colin Woods dari Britain, tetapi keshahihan DNA milik Anwar dan Shamshida kesan air mani di atas tilam itu tidak dapat disangkal.
Menurut Musa Hassan, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) 1,(sekarang Ketua Polis Negara) berkata, tilam dan bantal itu dirampas dari apartmen mewah Tivoli Villa pada 10 Julai 1998.
Skandal Anwar didedahkan oleh pemandu Shamshida
Orang pertama yang mendedahkan wujudnya skandal Anwar-Shamshida adalah pemandunya sendiri iaitu Azizan Abu Bakar.
Menurut Azizan, dia sendiri menjadi saksi yang memandu dan menurunkan Shamshida di Cafe Guana di Bangsar Shopping Complex pada setiap kali pertemuan dengan Anwar. Kemudian sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37, akan menjemput Shamshida.
Kereta Daimler WBV 37 itu adalah Dato Nallakarupan(Eksekutif Director Magnum Corporation). Kebiasaannya, pada setiap hari Rabu (selepas mesyuarat kebinet), Anwar memberi alasan kepada isterinya (Wan Azizah) dan polis pengiring supaya tidak mengiringinya kerana dia mahu bermain 'tenis' dengan Dato Nalla di Bukit Kiara. Anwar yang menaiki kereta Daimler yang dipandu oleh Dato Nalla itu akan menjemput Shamshida di Bangsar Shopping Complex dan seterusnya membawa mereka ke kondominium mewah di Trivoli Villa, Bangsar.
Kondominium Tivoli Villa adalah kepunyaan Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB). Datuk T. K. Lim juga merupakan pemilik syarikat judi Magnum Corporation, tempat Dato Nalla menjadi Director Eksekutifnya. Datuk T.K.Lim telah menyerahkan kunci dua unit Tivoli Villa kepada Dato Nalla untuk kegunaan peribadinya. Dua unit tersebut adalah di 2-5-13 dan 2-5-14, di Tingkat 5, Blok 2 Tivoli Villa, tempat Anwar dan Shamshida didakwa melakukan seksual.
Pada 30 Jun 1997, sekitar jam 5.00 petang, Ummi Hafilda telah menerima panggilan daripada Azizan Abu Bakar untuk memberitahu berlakunya hubungan curang antara Anwar dan kakak iparnya.
Ummi telah menelefon abangnya Mohd Azman Ali dan rakan karibnya, Puan Zamrah Lajis untuk ikut serta. Ummi, Azman dan Puan Zamrah telah pergi Bangsar Shopping Complex . Di sana, mereka nampak dengan mata mereka sendiri, Shamsidar menaiki kereta Daimler WBV 37, kepunyaan Dato Nalla. Kemudian mereka mengekori kereta Daimler itu yang menuju ke Kondo Tivoli Villa, Bangsar.
Shamshida keluar dari Kondo Tivoli itu pada jam 7.40 malam, dengan keadaan yang lemah longlai. Satu rakaman foto telah diambil dan diserahkan kepada polis Bukit Aman. Kemudian kereta Daimler Dato Nalla akan menghantar semula Shamshida ke Bangsar Shopping Complex tempat Azizan Abu Bakar pemandu Shamsidar sedang menunggu.
DNA bukan darah Afifah ?
Sebelum ini mahkamah telah diberitahu ujian DNA ke atas darah Farah Afifah mengesahkan Anwar bukan bapa sebenar kepada kanak-kanak itu. Tetapi terdapat cerita menarik di sebalik insiden ini.
Menurut maklumat yang sahih, Anwar telah campur tangan mengarahkan Musa Hassan, pegawai penyiasat kes Anwar melarang Farah Afifah dibawa ke Bukit Aman untuk mengambil sampel darahnya, sebaliknya Anwar mengatakan kepada Musa, terima apa sahaja darah yang telah diberikan oleh Shamshida.
Dalam masa yang sama Shamshida dikatakan telah berjumpa dengan doktor kenalan Anwar dan mengambil darah anak perempuan sulongnya bernama Farah Shazliyana. Darah Farah Shazliyana itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.
Bermakna ujian DNA yang kononnya dikatakan sampel darah Afifah, bukanlah darah kanak-kanak itu sebenarnya, tetapi darah anak sulong Shamshida, Farah Shazliyana.
Dikatakan doktor kawan Anwar itu telah membuat pengakuan menyesal di atas tindakannya yang telah melanggar profesional kedoktoran dengan menipu darah semata-mata untuk menyelamatkan kawan.
Sebenarnya, sepanjang penyiasatan kes skandal Anwar-Shamshida, terdapat banyak campurtangan Anwar sendiri. Misalnya pada 2 September 1998, pada tarikh Anwar dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar masih lagi memanggil dan memberi arahan kepada Musa Hassan mempersoalkan tindakan pegawai penyiasat itu menyelidik lebih lanjut kes tersebut.
Musa Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur bahawa beliau telah dipersoalkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ingin mengambil pernyataan saksi-saksi berhubung tohmahan kegiatan seksual dan homoseksual terhadapnya.
Musa berkata, beliau telah dipanggil oleh Anwar ke pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri kira-kira pukul 12.20 tengah hari pada 2 September tahun lalu.
Dalam pertemuan itu, menurut Musa, Anwar menyatakan kepada beliau, apa gunanya beliau memanggil saksi-saksi untuk merakamkan pernyataan mereka kerana Ummi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar telah menulis surat kepadanya menafikan tohmahan-tohmahan kegiatan seksual dan homoseksual yang dilakukannya. Klik di sini
Musa Hassan juga menunjukkan tiga pucuk surat yang ditulis dan dihantar kepadanya oleh peguam bela Anwar, Raja Aziz Addruse, yang menolak permohonan pihak polis untuk mendapatkan contoh-contoh darah dan juga pemeriksaan anggota badan tertuduh berhubung siasatan dakwaan perihal salah seks terhadapnya. Klik di sini
Tilam di Tivoli Villa telah dirampas pada 10 Julai 1998, tetapi Anwar enggan memberi kerjasama pengambilan sampel darahnya sehingga 23 Oktober 1998, meskipun permohonan polis dibuat beberapa kali. Hanya pada 28 September 1998, barulah Anwar membenarkan darahnya diambil. Itupun untuk tujuan HIV. Klik di sini
Begitulah contoh-contoh keengganan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh Anwar sepanjang memegang jawatan sebagai TPM dan selepas berstatus bekas TPM. Maka tidak hairan, Anwar bekeras dan melarang sama sekali Afifah dibawa ke Bukit Aman untuk diambil ujian darahnya.
Sunday, November 15, 2009
Anwar akan tetap bela Azmin selamanya
Meskipun Anwar mengakui tidak tahu secara terperinci dan tidak melihat dokumen-dokumen itu tetapi dia dengan pantas membela Azmin dengan mengatakan itu merupakan tuduhan fitnah yang mahu membunuh kredibiliti orang kesayangannya.
Tindakan Anwar dan Azmin yang dilihat terlalu pantas memberi respon terhadap isu ini juga menimbulkan tanda tanya. Satu sifat Azmin adalah dia amat takut dengan polis dan SPRM. Dia memang phobia mendengar nama dua agensi itu.
Anwar pula seolah-olah sudah dapat meneka episod itu, walaupun tidak melihat dokumen, katanya, "Saya tidak tengok dokumen itu tapi saya tahu sebab siasatan telah dibuat sejak awal (1998) dan tidak ada tindakan, bahkan dilepaskan"
Kenyataan Anwar, walaupun tidak diulas panjang, tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Pertama Anwar sendiri mengakui bahawa Azmin Ali pernah disiasat oleh polis dan BPR pada tahun 1998, tetapi tiada bukti dan dilepaskan. Tetapi itu cerita 1998, cerita ketika Anwar mempunyai saki baki pengaruh dalam BPR dan polis ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Bagaimana pula dengan cerita sekarang (2009), ketika Anwar sudah tiada pengaruh lagi mengawal semua agensi kerajaan, selepas sebelas tahun dilucutkan daripada menjadi TPM ?
Azmin 'anak angkat' Dr Mahathir, tetapi 'dicuri' Anwar
Azmin Ali adalah pelajar pelajar lulusan Universiti Minnesota, Amerika Syarikat. Di universiti itu juga dia berkenalan dengan Shamsida Taharin. Sekembalinya ke Malaysia, dalam usia 23 tahun, Dr Mahathir telah mengambil Azmin menjadi 'anak angkatnya' dan diletakkan di pejabat Perdana Menteri sebagai pembantu khas.
Ketika Azmin menjalani pembedahan buah pinggang, Dr Mahathir antara tetamu penting yang datang melawatnya dan semasa Azmin melangsungkan perkahwinan dengan Shamsida Dr Mahathir sanggup duduk di lantai meraikan pasangan pengantin itu. Begitulah prihatinnya seorang Perdana Menteri kepada pembantu khasnya.
Setelah berkhidmat selama 6 bulan di Jabatan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan memohon kepada Dr Mahathir untuk 'meminjam' Azmin Ali bekerja sebagai pegawai khas di pejabatnya.
Alasan Anwar kepada Dr Mahathir kerana dia kekurang tenaga kerja, apabila Nasaruddin Jalil, Setiausaha Sulitnya memohon cuti untuk melanjutkan pelajaran ke London. Katanya mahu 'pinjam' sekejap sahaja. Dr Mahathir mengizinkan.
Memang sifat Anwar, suka mengambil pegawai-pegawai muda yang berpakaian segak dan berkulit cerah. Ketika itu Azmin masih muda, berusia 23 tahun, cute dan berkulit cerah.
Kali pertama menerima hadiah duit RM300,000
Setelah bekerja bersama Anwar, Azmin selalu diberi perhatian istimewa oleh Anwar. Anwar menawarkan kelebihan wang ringgit yang tidak pernah ditawarkan oleh Dr Mahathir semasa menjadi pegawai khas di pejabat PM. Ini menyebabkan Azmin tidak berminat untuk kembali ke pejabat PM dan lebih selesa bekerja dengan Anwar.
Anwar pula berusaha mempromote Azmin sebagai pegawai khasnya di Kementerian Pendidikan dan diluluskan bermula 1 Oktober 1987-3 April 1989. Kemudian pada 4 April 1989, Azmin dilantik sebagai Setiausaha Sulit di Kementerian Pendidikan sehingga 14 Mac 1991. Apabila Anwar dilantik sebagai Menteri Kewangan, Azmin juga mengekalkan jawatan Azmin sebagai Setiausaha Sulit dari 15 Mac 1991- Februari 1996. Seterusnya mengekalkan jawatan yang sama setelah Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dari 1 Disember 1993, sehingga ke tarikh Anwar dipecat pada 2 September 1998.
ketika Azmin menjadi Setiausaha Sulit di Kementerian Kewangan, tugasnya semakin penting. Dia merupakan 'orang yang paling penting' sebagai perantara untuk individu-individu berjumpa dengan Menteri Kewangan. Kerusi Menteri Kewangan merupakan kerusi yang paling diminati oleh peniaga-peniaga dan tauke-taukeh Cina yang menjalankan perniagaan judi.
Semasa isteri Azmin (Shamsida) melahirkan anak, terlalu banyak hadiah-hadiah yang amat bernilai disumbangkan oleh taukeh-taukeh Cina. Begitulah budaya lobi, bodek dan rasuah yang dilakukan oleh tauke-taukeh Cina untuk menghampiri Anwar.
Kali pertama Azmin disogokkan dengan wang 'hadiah' berjumlah RM300,000 dari seorang taukeh balak (Cina) Sarawak. Ketika itu, Azmin belum 'pandai' menerima wang tersebut dan menelefon iparnya yang bekerja dengan salah sebuah bank tempatan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Iparnya telah menasihatkan Azmin supaya tidak memasukkan wang tersebut ke dalam akuan peribadinya, kerana dibimbangi akan dapat dibuktikan terlibat dengan salah laku rasuah. harus dicari penama lain sama ada isteri atau adik beradik isteri atau orang-orang yang dipercayai.
Jadi pada hari ini, jika kes adik beradik Shamsida Taharin kaya raya, itu sesuatu yang tidak mengejutkan. Johan Taharin (abang sulong), Jamal Taharin dan Jamil Taharin, kini menjadi kaya raya, walhal keluarga mereka bukan keturunan hartawan. Bapa Shamsida, berasal dari Perak adalah seorang guru, manakala ibunya adalah adalah seorang suri rumah sepenuh masa.
Arwah Nasaruddin Jalil (bekas Setiuasaha Anwar) pernah memberi seseorang, ketika meletusnya isu liwat Anwar, Sukma dan Azizan bahawa Azmin tidak akan tinggalkan Anwar untuk selama-lamanya dan begitu juga dengan Anwar, dia akan tetap membela Azmin walaupun terbukti melakukan kesalahan.
Ditanya kenapa ? Arwah terdiam seketika. "Mereka ada kenangan manis yang pertama semasa di New York", katanya tidak mengulas mendalam maksud kata-kata itu.
Saturday, November 14, 2009
Anwar, Azmin, Azizah & Shamsidar (3A + 1S)
Anwar jatuh pun kerana faktor Azmin. Berpunca dari isteri Azmin bernama Shamsida Taharin. Pada tahun 1997, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pergolakan keluarga Azmin Ali, apabila adiknya Ummi Hafilda Ali menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad menceritakan perilaku kesalahan moral Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) dengan kakak iparnya (Shamsida Taharin) dan bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar. Surat adik Azmin itu disokong oleh keempat adik beradik Azmin iaitu Norlia Ali, Intan Dawini Ali, Mohd. Azwan Ali dan Mohd Azman Ali.
Mereka lebih kenal siapa Shamsida Taharin, kerana penama itu sebahagian daripada keluarga mereka. Cerita yang selama ini berlegar di kalangan ahli keluarga, akhirnya meletup menjadi isu nasional.
Pada mulanya Dr Mahathir menolak surat itu kerana lebih mempercayai kata-kata Timbalannya, Anwar Ibrahim yang menafikan semua dakwaan dalam surat tersebut. Dalam masa sama, Anwar telah mengarahkan Azmin untuk memujuk adiknya, Ummi Hafilda untuk menarik balik pengakuan surat itu.
Azmin telah pulang ke rumah ayahnya, membawa beg berisikan wang berjumpa dengan Ummi Hafilda. Wang dalam beg itu bernilai kira-kira RM50,000 sebagai ganjaran pendahuluan, untuk Ummi menarik balik kenyataannya. Azmin beritahu Anwar minta tarik balik kenyataan dalam surat itu, kerana boleh menjejaskan reputasi bosnya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Azmin beritahu dia akan beritahu kepada semua media dan minta Ummi menangis serta membaca skrip yang telah disiapkan oleh Anwar yang mengandungi butiran kekesalan serta menarik balik surat tersebut. Selepas muncul di depan media itu, Anwar akan beri 5 million kepada Ummi sebagai ganjarannya. Tetapi pujukan Azmin terhadap adiknya itu tidak berjaya.
Azmin meninggalkan Ummi dengan hampa dan sempat memberi kata-kata ancaman "betina degil, kau akan tahu nasib kau..polis akan tangkap kau dan sumbat dalam ISA!"
Selepas usaha pemujukan gagal, Anwar telah mengarahkan polis Bukit Aman untuk menangkap Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar. Polis telah memaksa Ummi dan Azizan menukar pengakuan, dengan menulis surat baru yang mengatakan surat yang ditulis pada 5 Ogos 1997 adalah palsu. Semua keterangan kejadian ini menjadi bahan bukti mahkamah yang akhirnya mensabitkan kesalahan Anwar menyalahgunakan kuasa untuk melindungi salahlaku seksual dengan Shamsida Taharin. Klik di sini, di sini, di sini, di sini di sini, di sini di sini, di sini, di sini, dan di sini
Akhirnya perbicaraan yang mengambil masa hampir enam bulan itu, berakhir pada 14 April 1999, apabila Hakim Datuk S. Augustine Paul menjatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap tuduhan dan memerintahkan hukuman berjalan serentak mulai tarikh tersebut. Anwar didapati bersalah atas empat tuduhan pindaan rasuah kerana menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Klik di sini
Anwar di penjara, Azmin diblacklist, Azizah pula berkuasa
Setelah Anwar di penjara, Azizah menjadi orang yang paling berkuasa membayangi imej suaminya. Sebelum ini imej Azizah tenggelam, ketika Anwar berkuasa, kerana imej Azmin Ali (di pejabat) dan imej Sukma Darmawan (adik angkat di rumah Anwar) menenggelami semua imej lain termasuk Azizah.
Selepas Azizah menjadi Presiden Parti Keadilan nasional (nama lama PKR sebelum bergabung dengan PRM), dia telah memblaclist 3 nama yang telah menghancurkan kehidupannya iaitu Azmin Ali, Sukma Darmawan dan Shamsida Taharin.
Sukma telah dihantar balik ke Indonesia. Shamsida dilarang datang ke rumahnya di No 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, juga termasuk di rumah baru, istana di Bukit Segambut, Damansara, Kuala Lumpur.
Manakala Azmin pula disekat daripada mara dalam parti Keadilan. Pernah satu ketika Azizah menolak jemputan Azmin Ali untuk merasmikan parti Keadilan Cawangan Gombak. Azmin telah melobi kesemua pegawai-pegawai yang dekat dengan Azizah untuk hadir ke majlis perasmian itu, tetapi jawapan Azizah tetap sama, iaitu menolak permohonan itu. Akhirnya Azmin menggunakan talian hayat yang terakhir iaitu menggunakan khidmat Anwar yang sedang berada dalam penjara. Dengan arahan Anwar, akhirnya Azizah hadir dalam terpaksa merasmikan cawangan Keadilan Gombak di bawah Azmin Ali.
Boleh dikatakan ketika itu, Azmin berada dalam kepayahan meneraju parti kerana halangan daripada Azizah, hayat politiknya semata-mata bergantung kepada Anwar yang berada di penjara.
Setelah Anwar dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, Azmin kembali bernyawa. Orang yang memapah Anwar (kononnya terlampau uzur) adalah Azmin Ali. Ketika itu, ada suara nakal sampai ke telinga Azizah, 'now Azmin and Sukma come back!'
Ternyata benar telahan itu, semua urusan Anwar merawat di Munich diatur oleh Azmin. Sukma Darmawan turut segar kembali dan dari Indonesia, dia terus ke Munich menemani abang angkatnya selama sebulan di sana. Anwar meminta Azmin membawa Shamsida bersama di Munich, tetapi ditentang habis-habisan oleh Azizah. Berlaku perang mulut antara Anwar-Azizah dan Azizah membantah keras kehadiran Shamsida di Munich. Nurul Izzah turut menyokong ibunya. Akhirnya keputusan memihak kepada Azizah.
Sekarang, sistem dalam parti PKR kembali normal. Anwar kembali berkuasa sebagai penasihat umum, Azmin sebagai orang yang paling penting sebagai Naib Presiden dan Azizah kembali menjadi 'boneka' sebagai Presiden PKR yang tidak mempunyai kuasa.
Shamsida yang misteri
Ada sebab kukuh Azizah memblacklist nama Shamsida. Hanya Azizah saja yang mengetahui apa yang terpendam di hatinya. Ada sebab kukuh, anak perempuan Anwar, Nurul Izzah berpihak kepada ibunya, hanya Azizah dan Nurul Izzah yang mengetahui, kerana mereka saling berkongsi masalah masing-masing ketika Anwar di penjara.
Shamsida menjadi 'duri dalam daging' kepada keluarga Azizah, setelah kes rasuah Anwar dibicarakan pada 1 November 1998. Ketika di mahkamah semuanya terbongkar, termasuk kegiatan gelap Anwar yang membohongi Azizah selama ini dengan alasan 'bermain tenis'
Pada setiap hari Rabu (selepas mesyuarat kabinet), Anwar menelefon Azizah dengan alasan bermain tenis dengan dato Nallakaruppan di Bukit Kiara. Tetapi di dalam mahkamah, barulah Azizah faham, maksud 'main tenis' itu adalah Dato Nalla membawa Anwar dan Shamsida ke Tivoli Villa, Bangsar dengan sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37, kepunyaan Dato Nalla.
Tivoli Villa (lot 2-5-13 dan 2-5-14, di Tingkat 5) adalah kepunyaan Dato Nalla yang diberikan oleh Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB), penguasa kondominium itu. Dato TK Lim juga pemilik syarikat judi Magnum Corporation yang Dato Nalla diberi tugas sebagai Director Eksekutifnya. Dua lot kondominium itu dihadiahkan kepada Dato Nalla oleh Dato TK Lim untuk dihadiahkan pula kepada Anwar Ibrahim yang ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan. Dato TK Lim perlu meraikan Menteri Kewangan, kerana di tangannya bergantung nasib syarikat judi Magnum Corporation.
Bukan rahsia lagi, ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dia membangunkan 'satu bank raksasa' di bawah kawalannya yang dinamakan PHILEO ALLIED BANK. Bayangkan dengan sentuhan Menteri Kewangan (Anwar), bank yang baru muncul dan berusia 3 tahun menjadi bank yang paling kaya dan tersenarai dalam 'Top Ten Bank' di Malaysia.
Semuanya kerana sentuhannya sebagai Menteri Kewangan, dia meletakkan proksinya bernama TONG KOOI ONG menjadi 'CEO' Phileo Allied Bank. Sebenarnya dari segi kelayakan Tong Kooi Ong, dia tidak layak menjadi CEO bank itu kerana tidak menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Bank Negara, namun dengan campur tangan Menteri Kewangan syarat Bank Negara itu telah di'overrule' dan Anwar tetap melantik Kooi Ong menjadi 'CEO' Phileo Allied Bank.
Menurut pengakuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Anwar mengarahkan Tong Kooi Ong, CEO Phileo Allied Bank, untuk mengambil Shamsida Taharin, bekerja di Phileo Allied Bank di Jalan Tun Razak.
Kata Abdul Murad: ''Adalah diketahui dengan meluas bahawa Shamsidar dibayar gaji yang tinggi dan disediakan dengan sebuah kereta dan pemandu dan pada kebanyakan masa dia tidak perlu pergi bekerja.''
Menurut Zulkifli Sulaiman, Pengurus Besar di Phileo Allied Bank : "Saya amat mengenali Shamsida Taharin. Semasa di Phileo, dia hanya berjawatan Executive Corporate Affairs, di Ibu Pejabat phileo Allied Bank dan juga merangkap Pengarah Syarikat Phileo Pregrine, broker saham kepunyaan Tong Kooi Ong"
"Saya mengetahui bahawa Shasidar adalah proxy untuk Anwar dan juga untuk suami sahnya, Azmin Ali"
"Pendapatannya di Phileo Allied Bank adalah RM5000-00, tetapi dia mendapat benefit lain dari Phileo Pregrine dan anak-anak syarikat Phileo yang lain, jadi keseluruhan pendapatannya berjumlah RM25,000-00 tak termasuk kereta audi dan pemandu serta fringe benefit saperti entertainment expense"
"Kami di Phileo ketika itu tahu tentang connection Shamsidar dengan Anwar, malah dia jarang ada di office dan she reported direct to Tong. Shamsidar have direct access to Anwar"
Perhatikan kenyataan Zulkifli Sulaiman (seperti yang dibold di atas) "untuk suami sahnya, Azmin Ali". Mendalam kata-kata itu. Bermakna terdapat suami tidak sah Shamsida?
Persoalannya kenapa Anwar memberikan 'keistimewaan terlampau' kepada Shamsida hinggakan menjadi buah mulut di kalangan staff Phileo ?
Ternyata Phileo Allied Bank hanya merupakan 'bank proksi Anwar', selepas Anwar dipecat daripada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sebuah bank yang pernah tersenarai sebagai 'top ten bank' di Malaysia akhirnya terpaksa gulung tikar dan ditutup kerana tidak mampu bersaing dengan bank-bank lain di negara ini.
Semalam muncul kisah terbaru, kisah Azmin Ali, Shamida Tahrin dan adiknya Jamal Taharin memiliki kekayaan melampau sehingga mampu membeli saham bernilai RM8 juta. Sebenarnya pendedahan itu tidak mengejutkan, jumlah itu lebih besar daripada RM8 juta dan bukan setakat Jamal Taharin yang kaya, malah dua orang lagi adik beradik Shamsida turut kaya. Johan Taharin, abang sulung dan Jamil Taharin (adik bongsu) merupakan yang paling kaya.
Bayangkan dengan 'limpahan kewangan Shamsida', Jamil menjadi billioner ketika berusia 25 tahun. Jamil pernah couple dengan seorang gadis bernama 'Alia', demi kesayangannya kepada gadis itu kereta mersnya ditempah khas bernombor AL 14 ALIA.
Banyak lagi kes x-files Shamida bakal terdedah...
Sunday, October 18, 2009
Kerana Anwar-Shamsidar, 9 tahun keluarga Pak Ali bergelora..
Foto di atas pernah popular pada tahun 1998. Satu foto yang dirakamkan menggambarkan tiga watak penting, Shamsidar Tahrin (isteri Azmin Ali), Ummi Hafilda(adik Azmin Ali) dan Anwar Ibrahim(majikan Azmin Ali).
Foto ini pernah dikemukakan di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, dan dijadikan bahan bukti (ID48) pada November 1998 semasa perbicaraan kes salah laku Anwar Ibrahim menghalang siasatan pihak polis untuk membendung skandalnya dengan Shamsidar Tahrin terbongkar.
Tujuan penghantaran surat kepada Perdana Menteri itu untuk menyiasat kebenaran salah laku seks antara Anwar Ibrahim dan Shamsidar Tahrin dan salah laku homoseksual antara Anwar Ibrahim dan Azizan Abu Bakar.
Maklumat yang diperolehi oleh Ummi Hafilda bersumberkan penyiasatannya sendiri, sokongan maklumat dari pembantu rumah Shamsidar Tahrin yang bernama Aton (yang berkhidmat selama lapan tahun di rumah Azmin) dan pengakuan daripada Azizan Abu Bakar, pemandu Azmin Ali/Shamsidar Tahrin).
Aton memberitahu Anwar Ibrahim sering membuat panggilan secara kerap kepada Shamsidar di antara jam 6.30 petang atau 8.30 malam. Ini disahkan sendiri oleh Ummi Hafilda yang berada di rumah Shamsidar pada 9 Jun 1997, jam 6.30 petang mengangkat telefon rumah Shamsidar yang pemanggilnya adalah Anwar Ibrahim.
Anwar: I nak bercakap dengan Shida.(Shamsidar)
Ummi: Siapa ni? (Agak keras)
Anwar: Anwar (dengan nada yang agak perlahan)
Ummi: Is it Dato’ Seri?
Anwar: Ya, bercakap.
Ummi: Sorry, I didn’t recognise your voice just now.
Anwar: Hah …tulah suara you seksi sangat. You have such a lovely voice. I dok ingat salah rumah, that’s why I letak phone.
Ummi: Hah … apahal
Anwar: I nak tanya fasal Afifa (anak bongsu Azmin). Rindu kat dia
Ummi: She’s Okay, alhamdullilah sihat.
Anwar: Tak apalah thank you.
Pada 19 Jun 1997, Azizan Abu Bakar, pemandu Shamsidar Tahrin telah datang ke pejabat Ummi Hafilda menceritakan selama dua jam setengah tentang kebenaran hubungan sulit Anwar-Shamsidar.
Menurut Azizan, dia akan menurunkan Shamsidar di Cafe Guana di Bangsar Shopping Complex pada setiap kali pertemuan dengan Anwar. Kemudian sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37, kepunyaan Dato Nallakarupan(Eksekutif Director Magnum Corporation) akan menjemput Shamsidar di Bangsar Shopping Complex dan seterusnya membawa ke kondominium mewah di Trivoli Villa, Bangsar.
Kondominium Tivoli Villa adalah kepunyaan Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB). Datuk T. K. Lim juga merupakan pemilik syarikat judi Magnum Corporation, tempat Dato Nalla menjadi Director Eksekutifnya. Datuk T.K.Lim telah menyerahkan kunci dua unit Tivoli Villa kepada Dato Nalla untuk kegunaan peribadinya. Dua unit tersebut adalah di 2-5-13 dan 2-5-14, di Tingkat 5, Blok 2 Tivoli Villa.
Kebiasaannya Dato Nalla akan membawa Shamsidar di Tivoli Villa itu dalam tempoh dua hingga tiga jam, pada hari Rabu, sekitar jam 5.30 petang, dengan kekerapan dua minggu sekali atau sebulan sekali.
Di Tivoli Villa itu, Anwar akan hadir tanpa polis pengiring kerana beliau melarang polis pengiring turut serta dengan memberi alasan bermain tenis dengan Dato Nalla di Bukit Kiara.
Pada 30 Jun 1997, sekitar jam 5.00 petang, Ummi Hafilda menerima panggilan daripada Azizan Abu Bakar untuk mengesahkan hubungan sulit Shamsidar-Anwar. Ummi telah menelefon abangnya Mohd Azman Ali dan rakan karibnya, Puan Zamrah Lajis untuk ikut serta.
Ummi, Azman dan Puan Zamrah telah pergi Bangsar Shopping Complex . Di sana, mereka nampak dengan mata mereka sendiri, Shamsidar menaiki kereta Daimler WBV 37, kepunyaan Dato Nalla. Kemudian mereka mengekori kereta Daimler itu yang menuju ke Kondo Tivoli Villa, Bangsar.Ummi telah menelefon Puan Normala untuk meminjam pas kebenaran masuk/pelekat kereta Kondominium Tivoli Villa daripada Puan Normala, seorang rakannya yang menjadi penghuni di situ.
Di Tivoli Villa, mereka nampak Shamsidar dibawa oleh Dato Nalla memasuki tingkat 5, blok 2, kondominium mewah itu.
Shamsidar keluar dari Kondo Tivoli itu pada jam 7.40 malam, di mana kereta Daimler menghantar semula Shamsidar ke Bangsar Shopping Complex tempat Azizan Abu Bakar pemandu Shamsidar sedang menunggu.
Itulah seksta pemerhatian sendiri yang dilakukan oleh dua orang (Ummi dan Azman) adik beradik Azmin Ali berkenaan dengan kecurangan Shamsidar dengan Anwar Ibrahim. Ummi dan Azman telah memberitahu pengalaman mereka itu kepada ibunya(Mak Tom) dan ketiga-tiga adik beradik yang lain iaitu, Norlia Bt. Ali, Intan Dawini Bt. Ali, dan Mohd. Azwan Bin Ali.
Kes ini menjadi dibawa ke mahkamah pada tahun 1998. Anwar telah dibicarakan dan didapati bersalah serta dihukum penjara selama enam tahun.
Friday, October 16, 2009
Apabila Azmin Ali diusik, pasti Anwar akan mengamuk
Tetapi pelantikan Azmin telah mencabar kewibawaan kepimpinan masyarakat Sabah. Adakah orang Sabah 'low class' sehingga seramai-ramai ahli di Sabah, tidak ada seorang pun yang layak dilantik pengerusi perhubungan. Di sinilah maruah Dr Jeffrey Kitingan, Naib Presiden PKR tercabar. Hujah mereka, seandainya Anwar terlalu sibuk, kenapa tidak dilantik Dr Jeffrey sahaja sebagai pengerusi perhubungan, kenapa lantik tokoh semenanjung, Azmin Ali ? Itulah persoalan pokoknya yang diluahkan oleh akar umbi PKR Sabah.
Anwar sememang sedar kemelut penolakan masyarakat Sabah terhadap pelantikan Azmin, tetapi beliau sengaja menahan diri dan tidak mahu menyelesaikan kemelut itu, kerana kes ini melibatkan tokoh paling kesayangan Anwar iaitu Azmin Ali.
Dr Jeffrey mencari kaedah lain untuk mengadu permasalahan mereka yang sengaja disekat oleh pakatan Azmin/Anwar, dengan menjemput Zaid Ibrahim untuk melancarkan sebuah buku dan meraikan sambutan hari raya. Zaid telah menyatakan persetujuan kerana niatnya untuk memperkukuhkan PKR.
Apabila Azmin mendapat tahu Zaid cuba campur tangan kemelut PKR Sabah, Azmin telah mengadu kepada Anwar dan meminta Anwar menghalang Zaid untuk campurtangan masalah Sabah.
Seterusnya Anwar telah 'memarahi' Zaid dan melarangnya untuk campur tangan kemelut di Sabah. Salah satu kata-kata Anwar yang menyebabkan Zaid mengambil keputusan drastik untuk 'bercuti selama 6 bulan' adalah 'awak orang baru, ini masalah orang-orang veteran dalam PKR!.
Sebenarnya apa yang dirasai oleh Zaid Ibrahim, telahpun dirasai oleh tokoh-tokoh PKR sebelum ini, termasuk Ezam Mohd Nor dan Saifuddin Nasution. Semuanya kerana gara-gara tidak sehaluan dengan Azmin Ali
Saifuddin pernah dimarah Anwar di Munich
Saifuddin Nasution Ismail, salah seorang daripada lebih 12 orang staff Anwar yang mengikuti rombongan merawat Anwar di Alpha Clinic, Munich, Jerman. Kes ini berlaku pada tahun 2004, sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh.
Anwar yang mengambarkan dirinya 'sakit' tidaklah 'terlalu sakit' seperti yang digambarkan kepada para penyokong di Malaysia. Di Munich, Anwar tidak perlu lagi berkerusi roda, seperti yang dipamirkan di hadapan para penyokongnya. Malah Anwar sudah tidak berkerusi roda sebaik sahaja sampai di Munich, walaupun proses rawatan belum lagi dijalankan.
Di Munich, Anwar tidak menjalani rawatan sepenuh masa, malah sebahagian besar masa dihabiskan dengan menerima tetamu-tetamu luar, bermesyuarat, seperti dengan Paul Wolfowitz, ketika itu Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Bermakna hampir sebulan menginapnya Anwar di Munich, masa perjumpaan dan mesyuarat lebih banyak berbanding dengan masa rawatan.
Suatu pagi, Anwar mengadakan mesyuarat tertutupnya dengan para stafnya di satu bilik di Klinik Alpha. Semua staff lain hadir kecuali Saifuddin Nasution.
Satu jam kemudian, Saifuddin pun masuk ke bilik mesyuarat, ketika itu Anwar sedang memberi taklimat. Sebaik sahaja, Saifuddin melangkah masuk, Anwar terus bersuara,
"Awat datang lambat..", kata Anwar bersuara tinggi yang menyebabkan staff yang lain terdiam.
"Saya tidur lewat semalam, ni baru bangkit", jawab Saifuddin.
"Awak nak kerja ke tak nak kerja ni!", bentak Anwar lagi.
"Saya nak kerja la..sebab tu saya datang ni", jawab Saifuddin mempertahankan diri.
"Saya dah banyak dengar pasai cerita-cerita awak! Saya tak mahu dengar lagi. Get out!!!", tengking Anwar dengan marah.
Saifuddin terdiam mendengar tengkingan Anwar itu, kemudian melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Kemudian, Saifuddin mengemaskan pakaiannya dan kembali semula ke Malaysia.
Sejak dimarahi Anwar itu, Saifuddin telah nekad untuk meninggalkan PKR. Dia kemudiannya berjumpa dengan Mahfuz Omar dan mendaftarkan diri menjadi ahli PAS Pokok Sena, Kedah.
Seterusnya, Saifuddin telah berhijrah ke Kelantan, tempat kelahiran isterinya, di Machang. Di Kelantan, Saifuddin telah berjumpa dengan Husam Musa, mengadu masalahnya. Husam Musa telah mengambil Saifuddin menjadi Pengarah Yayasan Tabung Tok Kenali yang berfungsi untuk memperkukuhkan PAS Kelantan melalui program-program ceramah penerangan.
Apabila Anwar mendapat tahu Saifuddin telah berjaya di Kelantan, dengan naungan Husam Musa dan Tok guru Nik Aziz, Anwar telah menghubungi Saifuddin semula.
Anwar minta maaf dengan kejadian di Munich, kemudian Anwar menawarkan jawatan Pengarah Strategik PKR dengan bergaji RM10,000 sebulan. Saifuddin menerimanya. Ketika itu Saifuddin sangat gembira kerana mendapat dua pendapatan iaitu sebagai Pengarah Strategik PKR dan Pengarah Yayasan Tabung Tok Kenali.
Hari ini, Saifuddin telah meninggalkan PAS dan menyertai PKR sepenuh masa. Saifuddin mempelajari kesilapan lalu iaitu tidak akan sesekali akan bermasalah lagi dengan Azmin Ali. Anwar telah mengarahkan Azmin untuk menumpukan sepenuh masa di Selangor dan meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Piliharaya. Jawatan Pengarah Pilihanraya itu telah diserahkan kepada Saifuddin.
Jangan sesiapa usik Azmin Ali
Azmin adalah orang paling kesayangan Anwar. Apa kata Azmin, itulah kata-kata Anwar. Satu kelebihan Azmin yang tidak diketahui oleh orang ramai adalah Azmin boleh meniru tulisan tangan Anwar Ibrahim. Banyak surat-surat Anwar yang ditulis tangan sebenarnya ditulis oleh Azmin.
Azmin pula mempunyai satu kegemaran untuk meniru apa sahaja yang Anwar lakukan. Sebelum menghadiri satu-satu majlis, Azmin akan menelefon drebar Anwar untuk mengetahui baju warna apa yang dipakai oleh Anwar. Selepas itu, Azmin akan berpakaian sepertimana Anwar pakai.
Anwar panggil Azmin dengan panggilan manja 'Min'. Setiap kali Azmin merajuk, Anwar hilang fokus dan tidak dapat melakukan kerja. Seandainya ketika itu Anwar berceramah, pasti ceramahnya berterabur dan merapu-rapu.
Seandainya Azmin merajuk, kebiasaannya Azmin tidak akan hadir kerja lebih daripada tiga hari. Ketika itu, Anwar setiap masa akan menelefon dan memujuknya.
Apabila terdapat lawatan rasmi, bilik penginapan rasmi Azmin adalah bersebelahan dengan bilik Anwar, dengan alasan senang untuk berbincang.
Begitulah rapatnya hubungan Anwar-Azmin.
Jangan sesiapa usik Azmin, Ezam pun pernah ditendang Anwar keluar PKR..
Tuesday, October 13, 2009
Duit Anwar RM4 juta pernah hilang
Kehilangan RM4 juta itu berlaku di rumah kediaman peribadi Anwar di No 8 Jalan Setiamurni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Arahan lisan Anwar yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan direkodkan dalam fail siasatan Cawangan Khas, Bukit Aman dan diberi perhatian utama kerana arahan dari orang nombor dua tertinggi negara.
Misteri kehilangan duit RM4 juta itu didedahkan oleh Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Amir Junus di Mahkamah Tinggi, semasa dipanggil menjadi saksi kes penyelewengan dan salah guna kuasa Anwar menggunakan instrumen polis dan Cawangan Khas untuk menghalang skandal seks daripada terbongkar kepada umum.
Datuk Amir Junus berkata, Anwar tidak mahu laporan polis dibuat berhubung kehilangan tersebut sebaliknya dia hanya meminta perkara itu disiasat dan arahan itu dipatuhi.
''Bagaimanapun apabila pegawai-pegawai Cawangan Khas hendak menyoal siasat para penghuni rumah tertuduh, kami diminta menghentikan siasatan,'' jelas Amir.
Seramai lima atau enam orang pegawai Cawangan Khas ditugaskan menjalankan siasatan kes kehilangan duit Anwar, dan mereka telah menemui jawapan siapakah pencuri wang tersebut.
Menurut hasil siasatan pencuri wang itu adalah salah seorang 'ahli keluarga' Anwar yang bebas keluar masuk dalam rumah tersebut, bernama Sukma Darmawan, berstatus 'adik angkat', yang turut diberi bilik menginap di rumah Anwar.
Difahamkan, apabila Anwar mendapat tahu Sukma merupakan dalang yang melesapkan wang RM4 juta, beliau dengan segera mengarahkan siasatan itu dihentikan serta merta.
Persoalannya, ketika menjadi TPM dan Menteri Kewangan, begitu banyak wang Anwar, hinggakan RM4 juta disimpan di dalam rumah.
Dari mana, Anwar mendapat sumber kekayaan yang melimpah ruah itu, hinggakan kehilangan wang sebanyak RM4 juta tidak sedikit pun meninggalkan kesan kepadanya ?